Monday, February 25, 2013

MTQ PERINGKAT FIRQAH 2 DAERAH PETALING UTAMA

MTQ peringkat firqah 2 daerah Petaling Perdana diadakan pada hari Sabtu 23 Feb 13 lalu bertempat di SK. Kampung Tungku. SK Sungei Way menghantar 5 orang wakil bagi menyertai pertandingan hafazan, tilawah dan bercerita. Diharap penyertaan murid-murid ini akan memberi pengalaman baru dalam hidup mereka. Semoga wakil murid-murid SK Sungei lebih berusaha di masa akan datang. Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang gigih. ( + cekal + tabah + sabar + tekun ) dan yang penting keinginan mahu menang. 
MTQ PERINGKAT SEKOLAH

MTQ  (Majlis Tilawah Quran) peringkat sekolah baru sahaja selasai pada 15 Feb 13 lalu. Beberapa acara dipertandingkan, di antaranya adalah pertandingan tilawah al-quran, hafazan, bercerita kisah nabi versi tulisan rumi ( tahun depan tulisan jawi pula ya..) dan juga pertandingan nasyid tahun 1,2 dn 3.










Seputar bilik j-QAF SKSW











PENGENALAN
Bilik J-qaf adalah sebuah tempat yang disediakan poleh pihak sekolah bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran Pendidikaan Islam. Pada asasnya ia diperuntukkan .khusus bagi murid pemulihan jawi. Namun, dalam skop yang lebih luas lagi, ia adalah sebagai tempat bagi melaksanakan pelbagai aktiviti/ program j-QAF secara terancang. Kewujudan bilik j-QAF ini diharap dapat meningkatkan lagi kualiti PdP di sekolah. 

KONSEP BILIK j-QAF
1- Tempat untuk melaksanakan proses P&P mengikut modul j-QAF.
2- Tempat melaksanakan "Tazkiyatul Ruhiyyah" – pembersihan jiwa melalui
Tilawah Al-Qur'an, zikrullah, Tazkirah,  Kem Bestari Solat dan lain-lain.
3- Tempat melaksanakan "Motivasi Keinsafan Diri"- melalui pendekatan 
     "Mari Rajin ke Bilik j-QAF" ketika berada ke sekolah.
4- Tempat untuk gudang ilmu (Ukhrawi dan Duniawi).
   

OBJEKTIF
1- Meningkatkan lagi kualiti PdP di sekolah.
2- Suasana pembelajaran yang kondusif.
3- Mewujudkan kreativiti guru-guru dalam mempelbagaikan penggunaan bilik   j-QAF.
4- Menghidupkan Bilik j-QAF dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan berkesan.
5- Melatih pelajar dengan kepimpinan dan sahsiah Islamiah yang unggul.
6- Memupuk minat dan tabiat pelajar supaya rajin berada di Bilik j-QAF dan
memanfaatkan masa sebaik-baiknya. 
7- Melaksanakan pengurusan Bilik j-QAF dengan efisyen  dan menarik serta sistematik

RASIONAL
1- Bilik j-QAF adalah salah satu imej sekolah yang perlu diambil perhatian serius dan tindakan positif.
2- Meningkatkan aktiviti pendidikan Islam yang lebih menarik dan berkesan.
3- Menarik minat pelajar-pelajar supaya suka berada  di Bilik j-QAF 
4- Mewujudkan suasana bilik j-QAF yang lebih efisyen dan sistematik

STRATEGI
1- Membentuk Jawatankuasa Pengurusan Bilik j-QAF.
2- Merancang Jawatankuasa Aktiviti bilik j-QAF (Harian, mingguan, bulanan
dan tahunan).
3- Menggubal Peraturan Bilik j-QAF.
4- Menyediakan Senarai Semak Pengurusan Bilik j-QAF.
5- Menyediakan Jadual Tugasan.
6- Menyediakan Penilaian dan Tindakan Susulan.
7- Menyediakan Laporan / Dokumentasi mengenai Pengurusan dan Pelaksanaan
Aktiviti Bilik j-QAF 

JAWATANKUASA BILIK J-QAF
Jawatnkuasa induk pengurusan bilik j-QAF adalah terdiri daripada guru-guru j-QAF dan guru Pendidikan Islam yang dipengurusikan oleh guru Besar. Manakala jawatankuasa kecil murid terdiri daripada beberpa wakil murid yang dipengurusikan oleh guru j-QAF.



AKTIVITI-AKTIVITI UTAMA
1- Aktiviti Proses Pemulihan Jawi.
2- Aktiviti Tasmik Al-Qur'an.
3- Aktiviti Ulum Syari'ah.
4- Aktiviti P&P Bahasa Arab.
5- Aktiviti Tarbiah & Nadwah.
6- Aktiviti Dakwah dan Ibadah

 Semua aktiviti tersebut dilaksanakan secara harian, mingguan, bulanan atau tahunan oleh pihak Jawatankuasa Pengelola Bilik j-QAF setelah dimaklumkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Induk Bilik j-QAF.

KEMUDAHAN FIZIKAL
Bilik j-QAF ini dilengkapi dengan rak al-Quran dan Fail-Fail dan Sudut Al-Quran. Papan sudut al-Quran dilengkapi dengan BBM dan Laporan Khatam al-Quran dan Analisa Tasmik selain difailkan.

Ruang Bahasa Arab yang ringkas. Ditemani huruf hijaiyah (atas) dan catatan kertas bertulis nama-nama nabi dan ejaan jawi. Selain itu  terdapat juaga sudut informasi Bahasa Arab dan BBM


Di samping itu, terdapat juga sudut maklumat. informasi tentang profil sekolah, visi dan misi sekolah, FPK, Visi dan Misi Panitia Pendidikan Islam dan Unit j-QAF, Model-model j-QAF, FAQ j-QAF, Jadual penggunaan bilik, Takwim aktiviti Unit j-QAF, Jadual Tasmik dan Peraturan Bilik j-QAF serta maklumat semasa.

Bilik ini turut dilengkapi ruang belajar bagi Pemulihan Jawi, PdP Pendidikan al-Quran, Tasmik dan PdP Bahasa Arab. Ruang Belajar dilengkapi 1 set meja guru, 2 meja rendah dan 10 meja rehal tanpa kerusi, Papan tulis, Papan gulung, 2 papan putih, rak al-Quran dan fail, almari stok, Printer serta BBM
Bilik ini juga, dilengkapi bahan-bahan bacaan dan buku-buku panduan termasuk 60 buah Kamus Generasi Baru Bahasa Arab dan buku Iqra’.
Meja Guru yang dilengkapi dengan Buku Rekod Penggunaan Bilik j-QAF, Buku Pelawat, Buku Rekod Penggunaan Peralatan dan BBM, Buku Rekod Kehadiran Guru (mesyuarat), Buku Rekod Stok, Peraturan Bilik j-QAF, dan alat tulis.
Secara keseluruhannya, bilik ini dihiasi maklumat dan hiasan dalaman yang menarik.


     
Seputar gambar bilik j-QAF SKSW










Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, semoga dengan terbinanya blog ini akan memberi makna atas perkongsian maklumat terutama tentang aktiviti SK Sungei Way. Sekian, terima kasih