PENGENALAN
Bilik J-qaf adalah
sebuah tempat yang disediakan poleh pihak sekolah bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran Pendidikaan Islam. Pada asasnya ia diperuntukkan .khusus bagi
murid pemulihan jawi. Namun, dalam skop yang lebih luas lagi, ia adalah sebagai
tempat bagi melaksanakan pelbagai aktiviti/ program j-QAF secara terancang. Kewujudan
bilik j-QAF ini diharap dapat meningkatkan lagi kualiti PdP di sekolah.
KONSEP BILIK j-QAF
1- Tempat untuk
melaksanakan proses P&P mengikut modul j-QAF.
2- Tempat melaksanakan
"Tazkiyatul Ruhiyyah" – pembersihan jiwa melalui
Tilawah Al-Qur'an,
zikrullah, Tazkirah, Kem Bestari Solat
dan lain-lain.
3- Tempat melaksanakan
"Motivasi Keinsafan Diri"- melalui pendekatan
"Mari Rajin ke Bilik j-QAF"
ketika berada ke sekolah.
4- Tempat untuk gudang
ilmu (Ukhrawi dan Duniawi).
OBJEKTIF
1- Meningkatkan lagi
kualiti PdP di sekolah.
2- Suasana
pembelajaran yang kondusif.
3- Mewujudkan
kreativiti guru-guru dalam mempelbagaikan penggunaan bilik j-QAF.
4- Menghidupkan Bilik
j-QAF dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan berkesan.
5- Melatih pelajar
dengan kepimpinan dan sahsiah Islamiah yang unggul.
6- Memupuk minat dan
tabiat pelajar supaya rajin berada di Bilik j-QAF dan
memanfaatkan masa
sebaik-baiknya.
7- Melaksanakan
pengurusan Bilik j-QAF dengan efisyen
dan menarik serta sistematik
RASIONAL
1- Bilik j-QAF adalah
salah satu imej sekolah yang perlu diambil perhatian serius dan tindakan
positif.
2- Meningkatkan
aktiviti pendidikan Islam yang lebih menarik dan berkesan.
3- Menarik minat
pelajar-pelajar supaya suka berada di
Bilik j-QAF
4- Mewujudkan suasana
bilik j-QAF yang lebih efisyen dan sistematik
STRATEGI
1- Membentuk
Jawatankuasa Pengurusan Bilik j-QAF.
2- Merancang
Jawatankuasa Aktiviti bilik j-QAF (Harian, mingguan, bulanan
dan tahunan).
3- Menggubal Peraturan
Bilik j-QAF.
4- Menyediakan Senarai
Semak Pengurusan Bilik j-QAF.
5- Menyediakan Jadual
Tugasan.
6- Menyediakan
Penilaian dan Tindakan Susulan.
7- Menyediakan Laporan
/ Dokumentasi mengenai Pengurusan dan Pelaksanaan
Aktiviti Bilik
j-QAF
JAWATANKUASA BILIK J-QAF
Jawatnkuasa induk
pengurusan bilik j-QAF adalah terdiri daripada guru-guru j-QAF dan guru
Pendidikan Islam yang dipengurusikan oleh guru Besar. Manakala jawatankuasa
kecil murid terdiri daripada beberpa wakil murid yang dipengurusikan oleh guru
j-QAF.
AKTIVITI-AKTIVITI UTAMA
1- Aktiviti Proses
Pemulihan Jawi.
2- Aktiviti Tasmik
Al-Qur'an.
3- Aktiviti Ulum
Syari'ah.
4- Aktiviti P&P
Bahasa Arab.
5- Aktiviti Tarbiah
& Nadwah.
6- Aktiviti Dakwah dan
Ibadah
Semua aktiviti tersebut dilaksanakan secara
harian, mingguan, bulanan atau tahunan oleh pihak Jawatankuasa Pengelola Bilik
j-QAF setelah dimaklumkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Induk Bilik j-QAF.
KEMUDAHAN FIZIKAL
Bilik j-QAF ini
dilengkapi dengan rak al-Quran dan Fail-Fail dan Sudut Al-Quran. Papan sudut
al-Quran dilengkapi dengan BBM dan Laporan Khatam al-Quran dan Analisa Tasmik
selain difailkan.
Ruang Bahasa Arab yang ringkas. Ditemani huruf hijaiyah (atas)
dan catatan kertas bertulis nama-nama nabi dan ejaan jawi. Selain itu terdapat juaga sudut informasi Bahasa Arab dan
BBM
Di samping itu, terdapat juga sudut maklumat. informasi tentang profil sekolah, visi dan misi sekolah, FPK, Visi dan Misi Panitia Pendidikan Islam dan Unit j-QAF, Model-model j-QAF, FAQ j-QAF, Jadual penggunaan bilik, Takwim aktiviti Unit j-QAF, Jadual Tasmik dan Peraturan Bilik j-QAF serta maklumat semasa.
Bilik ini turut dilengkapi ruang belajar bagi Pemulihan Jawi, PdP Pendidikan al-Quran, Tasmik dan PdP Bahasa Arab. Ruang Belajar dilengkapi 1 set meja guru, 2 meja rendah dan 10 meja rehal tanpa kerusi, Papan tulis, Papan gulung, 2 papan putih, rak al-Quran dan fail, almari stok, Printer serta BBM
Bilik ini juga, dilengkapi bahan-bahan bacaan dan buku-buku
panduan termasuk 60 buah Kamus Generasi Baru Bahasa Arab dan buku Iqra’.
Meja Guru yang dilengkapi dengan Buku Rekod Penggunaan Bilik
j-QAF, Buku Pelawat, Buku Rekod Penggunaan Peralatan dan BBM, Buku Rekod Kehadiran
Guru (mesyuarat), Buku Rekod Stok, Peraturan Bilik j-QAF, dan alat tulis.
Secara keseluruhannya, bilik ini dihiasi maklumat dan hiasan
dalaman yang menarik.









No comments:
Post a Comment